Kilauan Permata Merah

"Kesihatan Yang Baik Ibadah Lebih Sempurna"
DAPATKAN "AIR HERBA HIKMAH" DAN
*REBUT PELUANG UNTUK MENJADI 
STOKIS ATAU AJEN KAMI SEKARANG!!!!!!!
HUBUNGI SEGERA:-
Nazlan :- 017-6171109 pm/ whatsapp 

HERBA UTAMA


      


BUAH TUNJUK LANGIT (SKY FRUIT)


BAHAN AKTIF PENTING DALAM BUAH TUNJUK LANGIT


1. FLAVONOIDS - kandungan Flavonoids yang tinggi di dalam Buah Tunjuk Langit mengandungi enzim semulajadi yang dapat merangsang pembukaan pembuluh darah bagi melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan serta membekalkan nutrisi dan oksigen yang bertindak sebagai enzim anti pengoksidaan.

2. SAPONINS - kandungan Saponins di dalam Buah Tunjuk Langit dapat mengurangkan kolestrol dan lemak pada dinding saluran darah dan dapat melancarkan perjalanan darah. Ini akan membantu menguatkan fungsi jantung dan meningkatkan sistem imuniti serta mengurangkan tahap pembekuan dalam darah.

3. BITTER ALKALOIDS - kandungan Bitter Alkoloids dalam Buah Tunjuk Langit menyebabkan rasanya amat pahit dan ini akan menyebabkan darah di dalam badan akan menjadi pahit seterusnya akan membantutkan pertumbuhan pelbagai jenis virus atau bakteria punca serangan penyakit . Bitter Alkoloids ini juga akan membantu pembinaan secara matang sel darah putih untuk memperkukuhkan sistem imuniti dalam tubuh badan bagi menghalang organisma-organisma yang tidak baik.



DAUN PECAH KACA @ DAUN PECAH BELING

Pelbagai khasiat daun pecah beling

Pecah beling atau nama saintifiknya Strobilanthes crispus atau Saricocalix crispus (Acanthaceae) merupakan tumbuhan yang berasal dari Madagascar hingga ke Indonesia dan telah dikenal pasti buat pertama kalinya oleh Thomas Anderson (1832 - 1870) yang mengkelaskan tumbuhan ini di bawah Spermatophyta (tumbuhan berbunga dan gymnosperma). Daun in dikenali dengan nama pecah beling, enyoh kilo, kecibeling atau kejibeling di Indonesia. Di Malaysia, pokok ini lebih dikenali dengan nama pecah kaca, pecah beling atau jin batu. Pokok mudah ditanam dan hidup subur di Malaysia. Daunnya telah digunakan secara tradisional untuk merawat kanser, kencing manis serta batu karang dan juga sebagai agen diuretik.
Tumbuhan ini mempunyai kandungan kalsium karbonat yang tinggi dan air rebusannya bersifat alkali yang lemah. Kajian oleh Kusumoto dan rakan-rakan (1992) menyatakan bahawa ekstrak air pecah beling mempunyai kompaun atau molekul yang mampu untuk merencatkan pertumbuhan retrovirus; agen dalam jangkitan virus seperti sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) dan juga mampu untuk merencatkan pertumbuhan sel leukemia. Terdapat banyak kompaun yang telah diasingkan dan dikenal pasti seperti asid kafeik, asid p-hidroksi benzoik, asid p-voumarik, asid vanillik, asid gentinik, asid ferulik dan asid siringik.
Daripada kajian makmal yang dilakukan oleh Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), daun pecah beling mempunyai kandungan mineral yang sangat tinggi seperti kalium (51%), kalsium (24%), natrium (24%), ferum (1%) dan fosforus (1%). Daunnya juga mempunyai kandungan vitamin C, B1, B2 yang agak tinggi dan banyak bahan yang lain seperti katekin dan tannin. Daun ini juga mengandungi kafeina, tetapi kandungannya adalah rendah. Kesemua kandungan yang dinyatakan menyumbang kepada paras jumlah antioksidan (total antioxidant activity) yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan yerbamate (teh herba) dan vitamin E (alfa-tokoferol).
Bagi kajian antikanser pula, kajian praklinikal telah dijalankan untuk menilai keberkesanan ekstrak pecah beling secara in vitro (kultur tisu) dan in vivo (kajian haiwan). Bagi kajian kultur tisu, ekstrak pecah beling bertindak secara efektif untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser kolon, kanser hati dan kanser buah dada. Ekstrak ini mampu membunuh sel kanser dengan mengaruh sel kanser ini mati secara semula jadi (apoptosis) tanpa kesan sampingan atau keradangan. Di samping itu, ekstrak pecah beling ini juga mampu untuk memendamkan gen penyebab kanser, sekali gus mengurangkan risiko dan keterukan kanser. Bagi kajian haiwan pula, ekstrak air pecah beling pada kepekatan 2.5% dan 5% mampu untuk mengurangkan keterukan kanser hati bagi tikus yang diaruh kanser hati.
Fitosterol (sterol dari tumbuhan) telah berjaya diasingkan daripada daun pecah beling ini. Bahan ini telah terbukti mampu untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser seperti yang telah disebutkan di atas. Bahan ini juga dikatakan mampu untuk menurunkan paras kolesterol darah kerana fitosterol akan bersaing dengan kolesterol di dalam usus, sekali gus menyebabkan kolesterol dari makanan tidak dapat diserap.
Ekstrak air daun pecah beling juga telah diuji keberkesanannya sebagai agen antidiabetis pada tikus yang diaruh diabetes. Ekstrak daun pecah beling pada kepekatan 5% dan 7.5% mampu untuk menurunkan paras gula darah di samping meningkatkan paras jumlah antioksidan (total antioxidant level) darah bagi tikus yang diaruh diabetes atau kencing manis. Ekstrak ini tidak mempunyai kesan ke atas paras gula darah pada tikus normal, tetapi mampu untuk meningkatkan paras jumlah antioksida (total antioxidant level). Peningkatan paras jumlah antioksidan (total antioxidant level) dalam darah adalah penting untuk melindungi badan daripada radikal bebas. Oleh itu, ekstrak ini sesuai bukan sahaja untuk mereka yang berpenyakit, tetapi juga untuk mereka yang normal.
Kami telah menyediakan formula teh daripada daun pecah beling. Teh pecah beling ini telah menunjukkan tahap antioksidan yang sangat tinggi, merencatkan pertumbuhan sel kanser buah dada dan kanser ovari dan juga berkesan untuk menurunkan paras gula darah pada tikus yang diaruh diabates atau kencing manis. Hasil yang menarik lagi ialah di mana teh pecah beling ini mampu untuk merencatkan pertumbuhan 2 daripada 9 mikroorganisma yang dikaji iaitu Streptococcus sobrinus dan Streptococcus mutans. Bakteria yang disebutkan ini adalah bakteria yang menyebabkan karies gigi.
Kesimpulannya, daun pecah beling merupakan tumbuhan yang mempunyai banyak khasiat. Ia mempunyai jumlah antioksidan yang tinggi di samping mampu untuk bertindak sebagai agen antioksidan, antikanser, antidiabetes dan juga antimikrob. 

Artikel oleh:
Prof. Madya Dr. Asmah Rahmat dan Mohd. Fadzelly Abu Bakar.
Jabatan Pemakanan dan Sains Kesihatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan,
UPM, Serdang, Selangor, Malaysia.


                     MELADAPAHIT

Selain mengandungi Saponins dan Flavanoids yang baik untuk tubuh manusia, ianya juga mengandungi Tanin dan  Polyphenolic Compounds :

Tanin ialah sebatian kimia organan yang dihasilkan dalamosess tumbuhan. Ia sekumpulan sebatian ringkas atau kompleks fenol, polifenol dan flavonol yang terikat dengan kanji. Komponen asas kimia tanin ialah gula, asid galik, asid elagik, flavonoid, lignan, stilbenoid dan quixon. Tanin mempunyai sifat astrigen dan perangsang. Semua tanin mengecutkan tisu dan protein pada kulit dan lendir. Tanin bertindak balas dengan protein dan mengeraskan protein. Tanin yang paling dikenali oleh manusia ialah jenis yang terkandung di dalam teh pekat. Teh pekat memberi rasa astringen pada mulut, iaitu rasa seperti bahan yang kelat. Dalam ubat herba, tanin digunakan untuk merawat kulit terbakar, lecur, ulser dan luka. Sebagai ubat luaran, tanin boleh menghentikan pendarahan, mengurangkan bengkak dan menyembuhkan luka. Tanin juga boleh melegakan mata yang letih, merawat batuk, cirit, jangkitan dan pendarahan. Sebagai ubat dalaman, tanin boleh mengatasi bengkak atau radang didalam perut dan usus. Pelbagai jenis tumbuhan yang mengandungi tanin digunakan sebagai ubat herba untuk ibu lepas bersalin supaya dapat mengecutkan perut, rahim dan faraj, melalui hasil tindakan tanin jenis tertentu. Ia juga digunakan untuk merawat diabetes, mengawal keseimbangan hormon yang dihasilkan oleh limpa, mempunyai kesan antiherpes dan antibiotik. Ada kajian yang menunjukkan bahawa orang yang kerap makan makanan yang kaya dengan tanin seperti sekoi tidak menjadi gemuk kerana tanin menghalang penyerapan secara keterlaluan ke atas bahan-bahan yang boleh membuat seseorang menjadi gemuk, seperti gula dan protein. Sifat menghalang penyerapan gula juga menjadi asas penggunaan tumbuhan yang mengandungi tanin untuk menentang diabetes. Ada juga tanin yang bersifat antioksidan contohnya asid elagik.

Khasiat Air Hikmah "Herba 1001 Penawar" yang berkesan membantu memulihkan dan mengurangkan 
pelbagai penyakit diantaranya:

  • Diabetes
  • Kencing Manis
  • Tekanan Darah Tinggi
  • Kanser 
  • Gout Dan Sakit Sendi
  • Batu Karang
  • Melawaskan Buang Air Kecil Dan Besar
  • Migrain Dan Sakit Kepala
  • Kebas Anggota Badan
  • Strok
  • Keputihan
  • Senggugut 
  • Mengurangkan Kolestrol
  • Melancarkan Haid 
  • Melambatkan Proses Penuaan
  • Menambahkan Kecergasan Rohani dan Jasmani

amalkan minum 150ml @ satu cawan teh Air Hikmah 2 kali sehari iaitu 
pagi - bangun tidur 
malam - sebelum tidur 


RM 25.00 SEBOTOL @ 1 LITER